Sunday, May 29, 2022

Debat Rafizi-Saifuddin jam 3 petang ini

Secara Rawak

KUCHING: Para peminat politik tanah air dan pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berpeluang mengikuti debat  antara Saifuddin nasution dan Rafizi Ramli.

Debat  antara dua calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan disiarkan secara langsung dari Studio F, Sinar Harian jam 3 petang ini.

Program ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ itu akan berlangsung selama satu jam 30 minit dan dihoskan oleh Amin Idris.

Program Berani Semuka ini menggunakan format diskusi ala pemilihan presiden Amerika Syarikat namun disesuaikan dengan cara masyarakat Malaysia.

 

Debat itu dimulakan dengan sesi pengenalan kedua-dua belah pihak serta kemudiannya diikuti dengan soalan sesama mereka serta daripada moderator.

Ya, siapakah yang lebih layak untuk menjadi timbalan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

 Esok pula akan berlangsung satu lagi debat umum membabitkan Anwar dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Debat yang penuh ‘drama’ akan berlangsung di Auditorium MATIC pada Khamis pada jam 9 malam.

Isu debat ialah sekitar Sapura Energy Bhd dan berkemungkinan tentang masa depan Malaysia. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru