Sunday, May 29, 2022

21 tahun suami setia tinggal bersama-sama mayat isteri

Secara Rawak

BANGKOK: Lelaki berusia 72 tahun di Thailand baru-baru ini akhirnya membakar isterinya selepas tinggal bersama-sama jenazahnya selama lebih dua dekad.

Menurut Independent, Charn Janwatchakal akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada mendiang isterinya pada 30 April lalu iaitu 21 tahun selepas mendiang meninggal dunia.

Sebuah klip video yang agak menyedihkan dikongsi pengguna Facebook menunjukkan warga emas tersebut, Janwatchakal membantu kakitangan Yayasan Bangkok membawa keranda mendiang isterinya di luar rumahnya di daerah Bang Khen di Bangkok.

Sebelum ini dia meletakkan mayat pasangannya di sebelahnya di dalam sebuah bilik kecil.

Janwatchakal dikatakan tidur serta berbual dengan mendiang dan berpura-pura dia masih hidup, menurut Independent lagi.

“Anda hanya pergi untuk urusan ringkas dan anda akan kembali ke rumah semula.

“Saya berjanji ia tidak akan mengambil masa yang lama,” kedengaran Janwatchakal berkata dalam video itu kepada mendiang isterinya.

Tiada tindakan undang-undang diambil terhadap Janwatchakal kerana dia telah mendaftarkan kematian isterinya dengan pegawai.

Isterinya meninggal dunia akibat penyakit kongenital pada 2001.

Seorang eksekutif Yayasan Bangkok yang sebelum ini melawat warga emas itu membantunya pulih daripada kemalangan motosikal, tidak menyedari kehadiran keranda di rumahnya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas lawatannya, Janwatchakal sendiri menghubungi yayasan itu untuk mendapatkan bantuan mengadakan upacara pembakaran mayat kerana bimbang mendiang isterinya tidak mendapat upacara yang patutnya sekiranya dia sendiri tiba-tiba meninggal dunia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru