Monday, May 16, 2022

Sathia yakin SU FC mampu meraih kemenangan

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), B. Sathiananthan masih menaruh keyakinan terhadap anak-anak buahnya untuk beroleh kemenangan apabila turun berdepan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.

Disebalik prestasi terumbang-ambing bakal mengiringi perjuangan barisan kesebelasan utama dipertaruhkan pada perlawanan tersebut.

Bekas pengemudi skuad kebangsaan itu turut berharap strategi dapat diterjemahkan dengan baik untuk memastikan tiga mata berharga dapat diperoleh.

“Memang tugas berat menanti pemain untuk perlawanan malam esok, namun saya masih yakin peluang meraih kemenangan tetap ada,” ujar Sathia kepada Arena Suara Sarawak.

Kerisauan berganda bagi Sathia untuk mencongak strategi terbaik untuk perlawanan malam esok, dengan situasi kurang menyenangkan membabit beberapa pemain utama yang masih dibelenggu kecederaan.

Di samping ketiadaan penjaga gol utama, Mohd. Sharbinee Allawee yang digantung perlawanan.

Skuad SU FC amat memerlukan kemenangan bagi mengelakkan diri daripada terus kekal dalam kelompok penyingkiran.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru