Tuesday, August 16, 2022

Sarawak sedia jadi peneraju utama industri hidrogen dunia

Secara Rawak

ROTTERDAM: Sarawak kini bersedia untuk menjadi salah satu peneraju utama bagi industri hidrogen dunia .

Perkara itu diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap di Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda.

Menurut Abang Johari, beliau mengalu-alukan kerjasama untuk menyumbang lebih lanjut kepada badan pengetahuan tempatan dan global berkenaan teknologi hidrogen dan aplikasinya terutama dalam persekitaran tropika untuk mempercepat pertumbuhan hydrogen bersih yang serbia boleh untuk dunia.

Sarawak tidak hanya bersedia dengan pembangunan hidrogen malah mampu menjadi hub kuasa hidrogen di rantau Asia-Pasifik.

“Apabila saya katakan ‘Sarawak sudah bersedia dengan hidrogennya’ secara asasnya Ekonomi Hidrogen Sarawak akan menjadi teras.

“Ini bagi membina ekosistem dengan sumber yang banyak, infrastruktur yang mencukupi, kepakaran tersedia serta rantaian bekalan dan nilai mantap,” katanya di sini.

Abang Johari menyertai sekitar 3,500 pemimpin kerajaan dan industri dari seluruh dunia untuk meneroka dan membiasakan diri dengan teknologi hydrogen, aplikasi dan penyelesaian terkini yang tersedia untuk merevolusikan industri hari ini.

Kini, Sarawak berperanan sebagai pembekal tenaga baharu terbesar di Malaysia dengan hampir tiga juta penduduk di seluruh Sarawak dan sebahagian daripada Borneo Indonesia di Indonesia Barat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru