Sunday, May 29, 2022

Saat cemas, monyet “culik” budak 3 tahun

Secara Rawak

CHONGQING: Seekor monyet liar di China cuba menculik kanak-kanak berusia 3 tahun, tetapi tindakannya berjaya dihalang oleh penduduk kampung, lapor Wion.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak terbabit bermain skuter bersendirian di luar rumahnya. T

anpa di sedari, seekor monyet memerhati segala tingkah lakunya.

Haiwan itu kemudiannya berjalan ke arah kanak-kanak itu dan mengheretnya ke seberang jalan.

Nasib kanak-kanak itu baik kerana salah seorang penduduk melihat kejadian itu.

Dia berlari ke arah mereka berdua dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Laporan mengatakan ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu berada di dalam rumah.

Dia memeriksa kamera pengawasan dan melaporkan kejadian itu kepada polis tempatan.

Kanak-kanak itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital selain diberi vaksin.

Penduduk kampung mendakwa monyet itu juga menyerang warga tua sebelum ini, namun ini kali pertama seorang kanak-kanak diserang.

Monyet-monyet tersebut dipercayai tinggal di kawasan pergunungan berhampiran dan mereka kini menjadi ancaman kepada penduduk kampung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru