Sunday, May 29, 2022

Pengantin batalkan perkahwinan kerana bakal suami buta huruf

Secara Rawak

DELHI: Video pengantin perempuan membatalkan perkahwinannya di pentas setelah mendapati pengantin lelakinya buta huruf menjadi tular di seluruh platform media sosial baru-baru ini.

Dalam video yang tular di Instagram milik bridal_lehenga_designn, ketika majlis persandingan mereka berlangsung, pengantin perempuan bertanya dengan pengantin lelaki bagaimana dia mampu membuatnya gembira saat dia melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda sedangkan suaminya buta huruf.

“Saya seorang terpelajar. Saya mengambil sarjana muda,” katanya.

“Dia benar-benar buta huruf. Bolehkah saya kekal bahagia bersamanya? Tolong jelaskan pada saya? Saya tak boleh kahwin dengan dia.”

Wanita itu juga mendedahkan, bapanya memaksanya berkahwin untuk wang.

Tanpa menghiraukan perasaan lelaki tersebut, dia memberitahu tentang hasratnya berkahwin dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya dan boleh bercakap dengannya dalam bahasa Inggeris.

https://www.instagram.com/p/Cc3Iv_SAI6z/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru