Tuesday, June 28, 2022

Pencuri sempat potong rumput sebelum larikan mesin rumput

Secara Rawak

PORT ARTHUR: Lelaki disyaki mencuri dilihat memotong rumput di halaman depan dan belakang sebuah rumah di Port Arthur sebelum mencuri mesin pemotong rumput berkenaan, kata pihak berkuasa.

Menurut catatan di Facebook Jabatan Polis Port Arthur, semua pergerakan Marcus Renard Hubbard dirakam kamera CCTV.

Dia dilihat mengeluarkan beberapa barangan dari sebuah kediaman dan kemudian mengisi mesin pemotong rumput dengan petrol sebelum memotong rumput di halaman depan dan belakang rumah, lapor KFDM-TV.

Insiden itu berlaku pada waktu malam ekoran beberapa kereta dilihat memasang lampu kereta semasa melintas kawasan kediaman di situ.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, Hubbard dilihat berlari dari kawasan itu sambil menyeret mesin pemotong rumput, lapor KFDM lagi.

Dia kemudian meninggalkan mesin pemotong rumput di sebuah lorong dan mengelak daripada ditangkap, kata pihak berkuasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru