Sunday, May 29, 2022

Masih ingatkah anda janji PH hapuskan PTPTN?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Penghapusan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan antara janji utama PH menjelang PRU-14 pada 2018.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata itulah antara janji yang paling berjaya sehingga mencetuskan kemenangan kepada PH ketika itu.

Menurut beliau, ruangan media sosial empat tahun lalu pada tarikh 9 Mei dipenuhi pelbagai reaksi anak-anak muda berkaitan hal terbabit.

“Antara janji PH yang paling berjaya mencetuskan gelombang besar kemenangan mereka adalah janji penghapusan hutang PTPTN, sehinggakan ruangan media sosial empat tahun lalu pada tarikh hari ini (semalam) dipenuhi dengan pelbagai reaksi di kalangan anak-anak muda yang begitu seronok menzahirkan kepuasan hati mereka tidak perlu lagi membayar balik hutang PTPTN,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Jelasnya, ramai dalam kalangan ibu bapa termasuk jentera UMNO juga termakan.

“Masakan tidak ada antara nak mereka bersungguh-sungguh memujuk rayu: ‘Abah dan mak bagilah undi sekali ini je pada PKR (PH). Bayangkan hutang PTPTN kakak sahaja yang kena bayar RM35,500, adik RM 28,000. Kalau PH menang jimat RM63,500!’” katanya  dalam kenyataan itu.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru