Monday, May 16, 2022

Arkitek berputih mata, wang RM121,000 lesap ditipu macau scam

Secara Rawak

KUCHING: Seorang arkitek berputih mata apabila wang berjumlah RM121,000 miliknya lesap selepas diperdaya sindiket Macaum Scam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, lelaki berumur 35 tahun pada semalam.

Katanya, menurut mangsa, dia telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Mohd Rizuan dari Mahkamah Langkawi pada 1 Mac lalu mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun telah menafikan perkara itu sebelum panggilan telefon kemudian telah disambungkan kepada suspek menyamar sebagai Sarjan Farah dari Balai Polis Langkawi.

“Suspek mengatakan akan membantu mangsa membuat laporan penafian serta meminta bayaran untuk audit dan siasatan bahawa wang pengadu bukan wang haram kepada Jabatan Audit Negara.

“Kemudian, mangsa telah dihubungi beberapa nombor telefon yang mengarahakan mangsa membuat bayaran ke beberapa akaun bank bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa telah melakukan 11 transaksi pemindahan wang berkeseluruhan berjumlah RM121,000 ke empat akaun bank atas nama individu berlainan antara 1 Mac 2022 sehingga 12 April 2022.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah nombor-nombor telefon tersebut gagal dihubungi selepas itu,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru