Sunday, July 3, 2022

Lelaki malu, lamarannya di khalayak ramai ditolak

Secara Rawak

JOHANNESBURG: Membuat lamaran perkahwinan secara mengejut boleh menjadi sesuatu yang berakhir dengan kegembiraan dan boleh juga menjadi mimpi ngeri, seperti yang berlaku terhadap seorang pemuda baru-baru ini.

Dalam video yang kini tular di media sosial, lamaran lelaki terhadap wanita di khalayak ramai di sebuah restoran makanan segera berakhir dengan penolakan yang memalukan.

Video itu menunjukkan seorang lelaki bercakap dengan juruwang restoran tersebut.

Di belakangnya kelihatan seorang lagi lelaki berjaket hitam membawa cincin di tangannya.

Wanita itu seperti tidak percaya dengan hal yang dilihatnya dan setelah melihatnya untuk kali kedua, dia kemudiannya menggelengkan kepala.

Ketika pelanggan lain mula dilihat memberi sokongan kepada lelaki itu, wanita itu tetap enggan melayan pemuda tersebut dan selepas beberapa perkataan, dia berlalu pergi dari situ.

Lelaki berjaket hitam itu yang jelas amat malu dengan situasi tersebut segera mengambil troli dan menolaknya melalui orang ramai yang rata-ratanya merakam insiden tersebut.

Klip itu disiarkan di Twitter dan mendapat lebih 3.7 juta tontonan.

Dalam rakaman itu kedengaran sorakan apabila lelaki itu meminang, diikuti ejekan apabila wanita itu berlalu pergi.

Disiarkan oleh @Madame_Fossette tweet itu memulakan perdebatan sama ada lamaran di tempat awam aksi yang romantik atau sebaliknya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru