Sunday, August 14, 2022

Kanak-kanak lelaki di Sibu maut dipatuk ular

Secara Rawak

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat dipatuk ular berbisa ketika bermain di halaman rumahnya di Ladang Batu 11, Jalan Oya, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, pihaknya menerima laporan daripada Hospital Sibu mengenai kejadian itu pada pukul 12.01 tengah malam Sabtu lepas.

Katanya, terdapat dua kesan kecederaan pada bahagian tumit kiri mangsa.

“Kejadian pada petang Jumaat lepas disedari oleh ibunya yang mendapati anaknya yang berusia tujuh tahun itu dalam keadaan yang sangat lemah,” katanya seperti dilapor TVS

“Dia kemudian meminta bantuan majikan untuk menghantar anaknya ke hospital,” jelasnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada pukul 10.46 malam tadi.

“Ujian PCR COVID-19 yang dijalankan mendapati mangsa positif virus itu.

“Ini menyebabkan pemeriksaan mayat hanya dapat dilakukan pada hari ini,”katanya.

Beliau memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut ((SDR).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru