Thursday, May 26, 2022

Soon Koh: Tiada pakatan, hanya elak pertembungan

Secara Rawak

SIBU: Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, perbincangan antara parti pimpinan beliau dengan DAP bukannya mengenai pembentukan  sebarang pakatan menjelang PRU-15.

Sebaliknya menurut beliau yang juga Adun Bawang Assan itu, perbincangan terbabit hanya untuk mencari titik persefahaman bagi mengelak pertembungan sesama pembangkang dalam PRIU nanti.

Menjelang PRN-12 lalu, kedua-dua parti itu berusaha untuk menjalinkan persefahaman, namun akhirnya gagal sehingga bertembung sesama sendiri.

Kesudahannya, PSB hanya memenangi empat kerusi manakala DAP hanya dua kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

Jelas Soon Koh, persefahaman itu penting hasil pengajaran daripada PRN-12 lalu.

Namun, jelasnya lagi, tiada apa-apa yang konklusif mengenainya setakat ini.

“Kami akan meneruskan mesyuarat untuk pusingan kedua, ketiga dan sebagainya sehingga kami mencapai kata sepakat,” tegasnya.

Jadi, ujarnya, pada peringkat ini, kedua-dua pihak tidak akan mendedahkan apa-apa kerana mesyuarat diadakan secara tertutup.

Namun, tegasnya, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk mengelak pertembungan sesama sendiri.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru