Thursday, May 26, 2022

Sebuah rumah di Sri Aman musnah terbakar

Secara Rawak

SIMANGGANG: Sebuah rumah PPRT atau Program Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Muhibbah dekat sini musnah dalam satu insiden kebakaran pada malam raya keenam, malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira 11.11 malam.

“Didapati kediaman jenis setingkat dengan binaan struktur tidak kekal berkeluasan 30 x 24 kaki itu telah musnah sepenuhnya,” katanya.

Jelasnya, pasukan BBP Sri Aman yang diketuai PBK II Freddy John berjaya mengawal kebakaran 19 minit kemudian menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Turut disahkan, semasa kejadian rumah tersebut kosong tanpa penghuni.

Insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa, operasi tamat 12.03 tengah malam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru