Thursday, May 26, 2022

DAP, PSB mahu gempur GPS bersama-sama dalam PRU-15

Secara Rawak

SIBU: Masa semakin suntuk, justeru rundingan mengenai agihan kerusi antara DAP dengan PSB tidak sepatutnya mengambil masa yang terlalu lama.

Ini kerana, menurut pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, PRU-15 semakin dekat.

Justeru, beliau berharap hasil rundingan itu dapat membuahkan hasil positif dalam waktu terdekat.

“Dfengan mengadakan satu lagi pusingan rundingan, kami harap dapat membuat kesimpulan dan keputusan secepat mungkin memandangkan masa semakin suntuk,’ kata Ahli Parlimen Stampin itu, semalam.

Rundingan agihan kerusi yang konkrit penting di sebalik kegagalan pembangkan meraih banyak kerusi dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu susulan pertembungan sesama parti pembangkang.

Kesudahannya, hanya PSB dan DAP masing-masing memenangi empat dan dua kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak dipertandingkan.

Dalam PRU-14 GPS telah memenangi 19 daripada 31 kerusi, tetapi seorang daripada ahli parlimen PRS – sebuah parti komponen GPS telah menyertai PSB.

Namun, wakil rakyat berkenaan – Datuk Masir Kujat (Sri Aman) membuat kejutan dengan keluar parti dan menjadi wakil Bebas baru-baru ini.

Kata Chong semalam, matlamat utama rundingan dengan PSB itu adalah bagaimana untuk menawan kerusi yang kini dipegang GPS.

“Itu matlamat utama kami supaya kami dapat menawan sebanyak mungkin kerusi GPS,” jelasnya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru