KUCHING: Setiausaha Agung GPS Datuk Sri Alexander Nanta Linggi menjelaskan jentera GPS sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan PRU-15.
Jelasnya, lebih-lebih lagi selepas PRN-12 Sarawak pada 18 Dis lalu, jentera GPS sentiasa bersiap siaga.
“Bagi PBB, kami akan mengadakan mesyuarat agung tahunan tiga tahun sekali pada Jun,” katanya.
“Jadi ia banyak membantu dalam persiapan menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” jelasnya.
PRU-15 dijangka pada suku terakhir tahun ini.
Pada PRU-14, GPS – ketika itu menggunakan lambang BN – memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen.
Selepas kekalahan teruk dalam PRN-12 Dis lalu, pembgangkang kini dilihat tertekan.
Justeru, berusaha untuk bersatu bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri sehingga akhirnya memecahkan undi.