Wednesday, May 25, 2022

Parti lawan Umno sentiasa tidak senang duduk

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden  Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah berkali-kali mengatakan, beliau mahu bersihkan nama melalui proses mahkamah, kata Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan..

Beliau berkata deemikian susulan dakwaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bahawa Zahid mahu beliau campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapinya.

“Jika perkara ini berlaku pada permulaan penubuhan kerajaan PN seperti didakwa TSMY, kenapa beliau hanya buka cerita ini semasa tempoh Pilihan raya Negeri Johor? Iaitu dua tahun selepas tertubuhnya kerajaan PN dahulu,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Kenapa hanya apabila ditekan oleh UMNO, keluarkan cerita cerita sebegini? Hingga mengguna saluran utama untuk keluarkan dakwaan tersebut setelah tiada lagi kepentingan dengan UMNO? Kenapa tak dari awal?<’ kata beliau lagi.

“Inilah yang dimaksudkan peribahasa terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar. Tidak mahu mengambil tanggungjawab atas ketidakikhlasan berkawan dengan UMNO. Bila UMNO bantu pinjamkan majoriti, tiada bunyi. Bila nampak UMNO tak lagi mahu bersama, lain pula,” katanya.

Dalam erti kata lain, menurut Shahril,  sama ada ini cerita rekaan, atau beliau pentingkan jawatan selaku PM, pilihlah yang mana satu.

“Atau lebih tepat, pilih naratif ini: Presiden UMNO telah memimpin parti yang telah jatuh sehingga mampu bangun dan kembali ke landasan kemenangan. Telah membawa kejayaan-kejayaan dalam tempoh singkat yang tak terbayang dek akal sewaktu mula-mula pasca PRU14 – walaupun ditekan pelbagai pihak sejak 2018. Maka, lawan parti akan sentiasa tidak senang duduk, melempar pelbagai tuduhan dengan niat menjatuhkan, meskipun beliau tidak pun disabitkan apa-apa kesalahan lagi,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru