Thursday, May 26, 2022

Harap rumah Sentoria dapat didiami tahun depan

Secara Rawak

KUCHING: Pembeli rumah di Sentoria, Borneo Samariang Garden (BSG) Fasa 7 berharap agar Kerajaan Sarawak memberi bantuan terhadap projek pembangunan yang terbengkalai selama tiga tahun.

Pembinaan tersebut tidak berganjak sejak 2019 menyebabkan pembeli terpaksa beraya tanpa rumah baharu yang sepatutnya menjadi milik mereka. Tambahan, bayaran sewa rumah, kepada kos perumahan bulanan yang ditanggung telah menambah beban dipikul pembeli dari segi kewangan.

Pembeli turut menyuarakan ketidakadilan kerana projek pembinaannya masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan, walaupun dibayar RM1,000 hingga RM2,000 setiap bulan.

Wan Mohd Remi Wan Alias, 34, pembeli rumah di Fasa 5 berkongsi pelbagai usaha diambil agar berita ini sampai ke pihak berwajib, namun tidak berkesan. ‘’Saya dan kakak saya membeli rumah di sini, namun sudah dua tahun berlalu dan projek itu tidak menunjukkan sebarang progres’’.

“Kami berharap agar projek itu dapat disiapkan agar raya yang akan datang dapat disambut seperti orang lain,” katanya ketika ditemui pada Khamis. Dzulkanain Sapiee, 32, juga berkata banyak janji kosong diberikan kepada pembeli namun semuanya hanya sekadar kata-kata.

“Janji untuk menyiapkan projek itu sejak 2020, namun sehingga kini masih belum siap,” katanya dengan penuh kecewa. Seorang lagi pembeli, Saiya Padil, 59, berkongsi dirinya sepatutnya berpindah pada penghujung 2019, namun potongan gaji selama tiga tahun hanya sia-sia. ‘

‘Saya amat berharap ada bantuan segera agar proses pembinaan dapat disiapkan segera dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru