Wednesday, May 25, 2022

Dahlah tak bayar sewa, lelaki ini larikan barang tuan rumah

Secara Rawak

MIRI: Seorang penyewa ditahan kerana melarikan barangan milik tuan rumah, Batu Niah di sini pada Jumaat.

Malah lelaki tempatan berumur 27 tahun itu juga tidak membayar sewa sehingga RM3,000 dan meninggalkan rumah tersebut tanpa pengetahuan pemilik rumah.

Kejadian itu dirungkai apabila pemilik rumah tersebut telah pergi ke rumahnya pada Selasa untuk mengutip sewa yang belum dibayar.

Setibanya di rumah tersebut kira-kira jam 10 pagi, wanita berumur 73 tahun tersebut terkejut mendapati rumah tersebut telah kosong.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata suspek bersama rakannya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri kira-kira jam 5.30 petang

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh pemilik rumah pada Khamis.

“Suspek telah membawa bersamanya empat unit penghawa dingin, empat unit tilam, empat unit almari, tiga unit pembesar suara, seunit sangkar anjing, sebuah peti ais dan empat set bilik tidur.

“Anggaran kerugian ekoran kejadian ini dipercayai sekitar RM22,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru