Wednesday, May 25, 2022

PRU-15: Apa langkah Ali Biju, Willie Mongin seterusnya?

Secara Rawak

KUCHING: Impian calon Bersatu untuk membenarkan GPS membenarkannya bertanding di Sarawak dalam PRU-15 kelihatannya tidak akan kesampaian.

Bersatu mempunyai dua kerusi – Saratok dan Puncak Borneo – ketika ini. Kedua-dua wakil rakyat itu menang atas tiket PKR pada PRU-14 susulan Langkah Sheraton.

Pengerusi GPS Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari semalam menyatakan pintu masuk untuk Bersatu tertutup, sekali gus mematikan impian Datuk Ali Biju (Saratok) dan Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) untuk bertanding.

Premier Sarawak semalam menegaskan, GPDS akan menampilkan calonnya di semua 31 kerusi Parlimen nanti.

Dalam PRU pada 2018,  GPS – ketika itu BN – memenangi 19 kerusi, tetapi seorang daripada wakil rakyatnya daripada PRS – satu daripada komponennya keluar parti dan menyertai pembangkang, PSB.

Kini Datuk Masir Kujat telah keluar daripada PSB dan menjadi wakil Bebas.

“Saya sudah cakap, kita akan isi semua kerusi,” tegas Abang Johari di sini semalam.

Persoalannya, adakah dengan kenyataan Pengerusi GPS itu, maka Ali Biju dan Willie Mongin akan bertanding juga atas tiket Bersatu uyntuk menentang GPS?

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru