Wednesday, May 25, 2022

Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri meriah

Secara Rawak

KUCHING: Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin berlangsung meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai bangsa dan agama.

Majlis yang diadakan di The Waterfront Hotel, di sini bermula jam 2 petang itu turut dihadiri tetamu kenamaan, antaranya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir ahli-ahli kabinet negeri yang lain, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan, NGO dan syarikat-syarikat korporat di sini, semalam.

Sambil menikmati pelbagai hidangan yang disajikan seperti Laksa Sarawak, Ais Batu Campur (ABC), pelbagai jenis kuih-muih dan lain-lain, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan lagu raya daripada kugiran tempatan.

Selain itu, pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra sambil meramkan gambar kenangan antara satu sama lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru