Sunday, June 26, 2022

Jumlah kes kematian terendah dalam lebih setahun

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah kematian baharu Covid-19 merekodkan angka terendah dalam tempoh lebih setahun.

Hanya dua kes kematian dicatatkan semalam.

Tarikh serendah itu pernah direkodkan pada 16 April 2021.

Menurut data CovidNow, jumlah kematian keseluruhan kini ialah 35,569 kes,

Terdapat 1,275 kes baharu Covid-19 semalam, dengan hanya tiga kes import.

Jumlah keseluruhan kes di Malaysia setakat ini ialah 4,417,096.

Bukan hanya trend kematian menurun, tetapi juga jumlah kes jangkitan dan pesakit yang dimasukkan ke hospital.

Namun demikian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah kes harian Hari Raya Aidilfitri meskipun kebanyakan kes adalah daripada kategori satu dan dua.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru