Wednesday, May 25, 2022

Debat Najib-Anwar akan diteruskan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Debat antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan.

Debat yang ditunggu-tunggu ini akan berlangsung 9 malam, 12 Mei ini di malaysia Tourism Centre (Matic).

Pada pertengahan April lalu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Ia akan diadakan di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya.

Debat umum itu berhubung isu Sapura Energy Bhd. Sapura Energy, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengumumkan kerugian RM8.9 bilion tahun lepas.

Sebelum ini dilaporkan, segmen pertama akan menyentuh mengenai masalah yang dihadapi Sapura Energy, serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak, disusuli segmen kedua yang akan menyaksikan debat berhubung masa depan negara, merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir, dan hala tuju negara.

Ia akan diakhiri dengan sesi soal jawab dalam segmen ketiga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru