Monday, June 27, 2022

Bunuh rakan serumah gara-gara tidak basuh pinggan

Secara Rawak

MODISHA: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan pihak berkuasa kerana disyaki membunuh rakan serumahnya gara-gara tidak puas hati kerana lambat mencuci pinggan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Amar Basant Mahopatra, 28, dan suspek yang membunuhnya ialah rakan serumahnya iaitu Anilkumar Saratkumar Das, 21.

Insiden itu dilaporkan kepada polis oleh Birju Sahu, 40, seorang lagi rakan mereka.

Mereka bertiga dikatakan menyewa sebuah rumah yang terletak di kawasan Baner,lapor Pigeonexpress.

Menurut polis kejadian tersebut berlaku sekitar 11.40 malam pada Jumaat lepas apabila Mohapatra meminta Das membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki yang sudah terbiar di situ sejak awal pagi.

Das dikatakan berang dengan Mohapatra dan terus menyerang mangsa dengan pisau dapur.

Mangsa dikatakan mengalami luka yang dalam pada bahagian bawah dada kirinya dan meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru