Jumlah kematian harian di seluruh dunia semalam ialah 2,305 kes.
Menurut Worldometer, United Kingdom merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak 438 kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kedua tertinggi dengan 225 kes kematian.
Ini diikuti Jerman dengan 159 kes, manakala Brazil di tangga keempat dengan 151 kes kematian.
Di tangga kelima ialah Rusia dengan 139 kematian.
Jumlah keseluruhan kematian setakat ini sudah melebihi enam juta.