Wednesday, May 25, 2022

Anak yatim terima sumbangan Aidilfitri

Secara Rawak

SARATOK: Anak-anak yatim dan golongan asnaf di kawasan Saratok menerima sumbangan pada Majlis Nuzul Al-Quran serta penyampaian sumbangan Kasih Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf kawasan Dewan Undangan Negeri Kalaka di Masjid Jamek (lama) Saratok di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Mohamad Duri turut menyerahkan sumbangan Perlindungan Kemalangan Diri (Takaful Kasih Plus) Agrobank kepada 251 anak yatim.

Selain wang tunai dan bakul makanan, Mohamad turut mengumumkan bahawa ketua masyarakat juga akan mendapat perlindungan takaful tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Krian Friday Belik, Giendam Jonathan Tait, Dunchan Luta serta rombangan PDP Krian turut hadir untuk menyampaikan sumbangan.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz dan Pegawai Daerah Saratok Haron Mahidi turut hadir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru