Sunday, May 29, 2022

Wanita dibuang keluarga habiskan RM305,000 jadi Barbie manusia

Secara Rawak

JERMAN: Wanita berusia 21 tahun membelanjakan lebih RM305,000 (AS70,000) melakukan pembedahan kosmetik mengubah dirinya menjadi Barbie manusia.

Wanita terbabit berkata, dia dipulau oleh seluruh keluarganya kerana perubahan dramatik itu.

Jessica yang kini mengelar dirinya Jessy Bunny berkongsi ukuran badannya di Instagram miliknya.

Memetik saluran media Austria Heute, Yahoo News melaporkan Jessy menjalani pembedahan pada hidungnya dan prosedur menggebukan bibir, buah dada dan punggungnya.

Bercakap kepada Heute, Jessica berkata, dia membayangkan menjalani beberapa kali pembedahan lagi.

Bagaimanapun, dia menambah transformasinya tidak disambut baik oleh ahli keluarganya.

Menurut Jessy, keluarganya menyekat panggilan telefonnya dan mengabaikan mesej teksnya.

“Situasi ini sangat menyedihkan kerana saya ingin berhubung dengan mereka, terutama dengan abang, datuk dan nenek saya.

“Saya cuma tidak faham kenapa mereka berkelakuan begitu hanya kerana saya telah mengubah penampilan fizikal saya,” kata Jessy kepada Heute.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jessy Bunny (@jessy.bunny.official)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru