HAMITPUR: Sebuah video yang kini tular di media sosial mengejutkan ramai netizen lebih-lebih lagi ia berlaku pada majlis perkahwinan yang dihadiri ramai tetamu.
Video tersebut menunjukkan pasangan berdiri di hadapan satu sama lain di pentas dengan kalungan bunga di tangan.
Ketika pengantin lelaki hendak meletak kalungan bunga di lehernya, pengantin perempuan tiba-tiba menampar lelaki terbabit dua kali.
Dia kemudian selamba turun dari pentas, saat tetamu majlis masih tergaman dan terkejut dengan tindakannya.
Perincian tentang perkara yang mencetuskan insiden tersebut masih tidak jelas.
Namun, seorang saudara dari pihak pengantin lelaki mendakwa pengantin perempuan “tidak menyukai” bakal suaminya itu.
Ekoran insiden itu, polis dipanggil ke lokasi.
Selepas rundingan diadakan antara dua keluarga, pasangan itu akhirnya dikahwinkan tanpa masalah, lapor India.
In UP's Hamirpur, a video of a bride slapping the groom on stage during "jaimal" ceremony on Sunday has surfaced. Details on what triggered this outburst are still sketchy but a relative from groom's side claims bride "didn't like" the groom. pic.twitter.com/LjbSKmy0OD
— Piyush Rai (@Benarasiyaa) April 18, 2022