Sunday, July 3, 2022

Menyantuni petugas barisan hadapan

Secara Rawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Safri meluangkan masa bersama-sama petugas barisan hadapan IPD Kuching dalam majlis berbuka puasa di sini pada Sabtu.

Beliau bersama-sama rombongan terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis DCP Datuk Mancha Ata, Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan pegawai kanan IPK Sarawak.

Mohd Azman memulakan lawatan kerjanya di Balai Polis Sungai Maong yang disambut oleh Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dan Timbalan Ketua Polis Kuching Superintendan Merbin Lisa serta Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai IPD Kuching.

Kemudiannya, program diteruskan dengan penyerahan juadah berbuka puasa kepada petugas di Balai Polis Sungai Maong.  Beliau dan rombongan kemudiannya bergerak ke Cawangan Unit Kereta Peronda (MPV), Balai Polis  Sekama, Balai Polis Satok dan Balai Polis Sentral untuk penyerahan juadah berbuka puasa kepada petugas-petugas barisan hadapan.

Mohd Azman kemudian berbuka puasa bersama-sama petugas barisan hadapan IPD Kuching yang berlansung  di Balai Polis Sentral dan bersama-sama menunaikan solat Maghrib di surau Balai Polis Sentral.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan asas kepada lima pesara SAMPAIKAN… Mohd Azman (tiga kanan) menyampaikan juadah berbuka puasa kepada anggota polis IPD Kuching. polis dan lima  orang balu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru