Wednesday, May 25, 2022

Lelaki ditemukan maut di bilik hotel dengan kesan tembakan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR, 4 Mei : Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang petang semalam, sejam selepas beliau mendaftar masuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis pada kira-kira 7 malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun berasal dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 6 petang semalam. Polis telah menahan rakan sebilik mangsa bagi membantu siasatan,” katanya seperti dipetik Bernama.

Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru