Wednesday, May 25, 2022

Gaji minimum beri kesan negatif kos sara diri

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan Datuk Sim Kiang Chiok berpendapat gaji minimum yang diperkenalkan di Malaysia mulai Ahad mempunyai banyak implikasi kepada ekonomi.

Katanya bagi pekerja, mereka berasa gembira kerana menerima kenaikan gaji. “Kenaikan ini tanpa mengira produktiviti mereka dan akan menjejaskan kos perniagaan.

“Namun bagi syarikat yang menunjukkan prestasi baik, peningkatan ini boleh dilakukan tetapi banyak yang masih bergelut untuk pulih pandemik akan berdepan satu cabaran mengatasi peningkatan dalam perniagaan ini,” katanya.

Ujarnya lagi, bagi majikan, syarikat yang lebih besar perlu mula merancang untuk tempoh sekarang berhubung keperluan tenaga kerja dengan teliti. “Sama ada mereka boleh mengurangkan atau menggunakan semula sumber manusia sedia ada supaya kos menjalankan perniagaan dapat dikawal.

“Kenaikan gaji minimum juga akan memberi kesan kepada pekerja lain pada tangga gaji berbeza sekali gus akan memberi tekanan kepada majikan untuk menaikkan gaji,” katanya. Jelasnya, kenaikan berkenaan mesti sepadan peningkatan produktiviti kerana produktiviti masih di peringkat pasca-Covid.

“Dengan kenaikan gaji minimum pada fasa pemulihan, kita mungkin melihat kadar produktiviti terjejas, berlaku peningkatan kos termasuk kos sara hidup dengan kenaikan harga di Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berharap peningkatan kos menjalankan perniagaan akibat kenaikan gaji minimum yang menjejaskan kenaikan belanja sara hidup tidak memberi kesan negatif kepada pekerja.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru