Sunday, September 25, 2022

Vaksinasi Covid-19 terbukti berkesan – Sebastian Ting

Secara Rawak

MIRI: Vaksinasi COVID-19 terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko jangkitan dan kematian selain menurunkan kadar penularan wabak dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata,  beberapa kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, kini terdapat ramai orang pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri dan mengambil kesempatan memanfaatkan cuti umum untuk melancong .

Sehubungan itu, beliau menekankan walaupun kerajaan telah melonggarkan beberapa dasar pencegahan wabak dan Prosedur Operasi Standard (SOP), tetapi orang ramai harus beringat supaya memakai penutup muka di tempat tertutup serta kerap mencuci tangan.

Justeru, Datuk Sebastian Ting menekankan bahawa vaksinasi terhadap COVID-19 akan membantu fungsi imun badan dan beliau juga telah melengkapkan dos keempat vaksin berkenaan, iaitu dos penggalak kedua di Pusat Perubatan Pakar Norma Kuching pada 29 April lalu.

Beliau percaya ini adalah cara yang berkesan untuk mengukuhkan perlindungan diri sendiri, dan juga untuk melindungi ahli keluarga, rakan-rakan dan semua orang di sekelilingnya, supaya kesihatan masing-masing dapat dilindungi dengan selamat dan mengelak daripada mudah dijangkiti virus.

Pada program yang sama, Datuk Sebastian mengucapkan tahniah kepada Persatuan Hakka Miri Sayap Pemuda dan Persatuan Thai Poo Miri Sayap Pemuda bersama sama menjayakan program Makanan Tradisi Hakka (Traditional Hakka Food Testing) di Dewan Persatuan Tai Poo Miri pada Ahad setelah dua tahun tidak diadakan ekoran pendemik COVID-19 yang melanda pada tahun sebelumnya. 

 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru