Sunday, May 29, 2022

Pengantin mabuk lambat sampai, ayah kahwinkan anak dengan saudara sendiri

Secara Rawak

MAHARASHTRA: Seorang bapa yang marah selepas pengantin lelaki terlalu mabuk dan gagal sampai ke destinasi perkahwinan tepat masanya, bertindak mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki lain, lapor Arynews.

Menurut media tempatan, perkahwinan itu sepatutnya berlangsung 4 petang pada 22 April di kampung Malkapur Pangra di Maharashtra, India.

Bagaimanapun, pengantin lelaki tidak sampai ke dewan perkahwinan sehingga 8 malam kerana keterlaluan minum dan menari bersama rakan-rakannya.

Ibu pengantin perempuan memberitahu media tempatan, “Pengantin lelaki dan rakan-rakannya mabuk dan datang ke Mandap pada 8 malam bukannya 4 petang dan mula bergaduh.

“Jadi kami ambil keputusan kahwinkan anak perempuan kami dengan salah seorang saudara kami.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru