KUCHING: Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 20% dari ME pertama sehingga ME ke-17.
“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk pada ME ke-17 berbanding ME ke-16 menurun sebanyak 33 peratus manakala untuk kategori tiga, empat, dan lima adalah tiada perbezaan.
“Peratus pengisian katil bukan kritikal fasiliti Covid-19 menurun sebanyak 22 peratus pada ME ke-17 berbanding ME-16, dengan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 8%.
“Bagi katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menurun sebanyak 75% dan jumlah kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 11% setakat ME ke-17,” katanya dalam kenyataan.