Sunday, July 3, 2022

Jumlah kes harian di bawah 1,500; lima kematian

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Melaporkan angka jumlah kes harian kurang daripada 1,500 kes semalam.

Sebanyak 1,352 kes baharu Covid-19  dilaporkan semalam dengan hanya lima kematian.

Menurut data di laman web CovidNow, ini membabitkan 1,348 kes tempatan dan empat kes import.

Katanya, satu daripada lima kematian itu diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,450,859 kes dan 35,555 kematian.

Sebanyak 36,440 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 66 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 44 kes memerlukan bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru