Sunday, May 29, 2022

Dimarahi guru besar kerana ponteng, guru mengamuk di sekolah

Secara Rawak

UTTAR PRADESH: Penghuni di sekolah rendah di Etah Uttar Pradesh gempar selepas seorang guru melepaskan tembakan ke arah Guru Besar menggunakan pistol berlesen.

Pengetua tersebut, Arvind Kumar berjaya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan.

Manakala guru itu digantung tugas, lapor India Today.

Guru besar berkata, penolong guru berkenaan, Digendra Pratap Singh, sering tidak hadir ke sekolah dan isu itu menyebabkan mereka berdua sering bertikam lidah.

Pada hari kejadian, Digendra datang ke sekolah dan didapati turut menurunkan tandatangannya untuk hari-hari dia tidak hadir sebelum ini.

Apabila guru besar Kumar memarahinya, dia berusia lebih muda daripadanya itu dipukul.

Kumar mendakwa guru itu juga melepaskan tiga das tembakan ke arahnya.

Insiden mencemaskan itu dirakam dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial.

Bunyi tembakan menimbulkan panik di seluruh sekolah.

Selepas melepaskan tembakan, guru tertuduh didakwa meninggalkan premis sambil mengacukan pistolnya dan melemparkan kata-kata kesat.

Menurut Kumar, Pegawai Pendidikan Blok Sakeet Neerja Chaturvedi menyiasat perkara itu.

Para pelajar dan warga sekolah disoal siasat dan perkara itu didapati benar berlaku.

Guru tersebut digantung tugas serta-merta, lapor India Today.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru