Thursday, May 26, 2022

Sarawak menjadi negeri teknologi baharu

Secara Rawak

SINGAPURA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercita-cita tinggi untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur di Sarawak dan menjadikannya hab pelaburan tenaga hijau dan teknologi baharu menjelang 2030, menurut laporan berita akhbar harian Singapura, The Straits Times.

Dalam temu bual di republik itu, Abang Johari berkata, Singapura berusaha untuk membina ekonominya beberapa dekad yang lalu.

“Apabila Singapura meninggalkan Malaysia, mendiang mantan Perdana Menteri Singapura pertama Lee Kuan Yew… dan Goh Keng Swee mempunyai model yang sangat bagus.

“Apa yang anda lakukan ialah mengubah seluruh Jalan Orchard dan dasar Lembaga Pembangunan Ekonomi benarbenar memberikan nilai tambah infrastuktur seperti membina lapangan terbang.

“Kemudian Singapura mempunyai kemudahan pelabuhan. Apabila mempunyai perancangan yang baik seperti pelancongan, sektor sangat penting juga akan masuk.

“Malah, seperti orang ramai boleh melihat masa depan Singapura melalui lapangan terbang,” katanya.

Abang Johari juga menegaskan, rangkaian pengangkutan awam yang baik penting untuk pembangunan hartanah untuk dibawa ke luar bandar untuk menarik pelancong dan ekspatriat.

“Seperti pernah berlaku, orang ramai mengkritik saya terutamanya mengenai ekonomi digital. Apabila wabak Covid-19 melanda, barulah mereka sedar kepentingan e-dagang,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rasuah masih menjadi isu yang perlu ditangani dalam pembangunan negeri, dan terdapat keperluan untuk untuk membendung rasuah.

Katanya, langkah Singapura beberapa dekad lalu untuk menyemak semula gaji penjawat awam dalam menangani rasuah dan menerapkan profesionalisme serta etika langkah yang berkesan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru