Thursday, October 6, 2022

PIALA FA 2022: Kuching Tidak ambil mudah

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim menyatakan, mereka sentiasa menghormati mana-mana pasukan yang akan ditentang dalam mengharungi kempen Liga Malaysia.

Begitu juga sebaliknya undian untuk pusingan kedua saingan Piala FA 2022 yang menyaksikan The City Boys akan menentang pasukan dari Liga M3, Perlis United FC pada 17 Mei nanti.

“Kita tidak ambil mudah perlawanan tersebut. Walaupun lawan yang akan ditentang pasukan dari Liga M3,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak

Menurut Irfan, Perlis United FC boleh melakukan kejutan seandainya mereka tampil sambil lewa.

Dengan mengambil kira situasi dialami PDRM yang tewas mengejut (2-0) ditangan singa utara itu pada pusingan pertama sebelum ini.

“Apa yang berlaku itu menjadi penanda aras buat kami untuk lebih berwaspada,” tambah Irfan lagi

Dalam perkembangan sama, Irfan menegaskan pemainnya diberi perlepasan cuti beberapa hari sahaja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum menyambung kembali latihan seperti biasa sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Premier 2022 menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam pada 7 Mei nanti.

“Pemain hanya diberi cuti dua hari sahaja untuk menyambut lebaran dan mereka akan kembali berlatih seperti biasa kerana kami akan menentang UiTM FC pada 7 Mei untuk kempen Liga Premier,” jelas beliau lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru