Wednesday, May 25, 2022

Penjawat awam Sarawak perlu lengkapkan diri dengan kemahiran teknologi

Secara Rawak

KUCHING:  Semua penjawat awam harus bersedia melengkapkan kemahiran kendiri dalam dunia teknologi maklumat kerana kemajuan digital amat pantas berlaku.

Ini menurut Pengerusi Cuepacs Sarawak, Omar Bahrein Unin bagi mengelakkan penjawat awam ketinggalan sehingga menjejaskan perkhidmatan awam.

“Penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terkecuali menghadapi perubahan dengan menagih penjawat awam menjadi celik dan mahir dalam dunia digital dan sistem teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya dalam wawancara sempena Hari Pekerja hari ini.

Beliau juga menjelaskan Cuepacs sarawak mempunyai hubungan yang amat baik dengan Kerajaan Sarawak dan telah banyak memudahkan proses permohonan dan perbincangan.

Misalnya, jelas beliau, permohonan bantuan kewangan sejak tiga tahun lepas kepada penjawat awam persekutuan di negeri ini.

”Kami amat menghargai hubungan baik kita dengan Kerajaan Sarawak, dan berharap ia berterusan,” katanya lagi.

“Setakat ini, kami berasa kejayaan dan perubahan yang kita inginkan daripada kerajaan Sarawak telah dapat dilaksanakan atau berjaya kita dapat,” katanya lagi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru