Thursday, May 26, 2022

Nikmati keistimewaan Kek Jantung Pisang Rabiah Amit

Secara Rawak

KUCHING: Layak diangkat menjadi antara warisan masyarakat Melayu Sarawak, tibanya Aidilfitri, Kek Jantung Pisang pasti muncul di celah pelbagai kek moden yang membanjiri pasaran.

Kek yang telah hidup sejak berpuluh-puluh tahun lalu serta tidak tahu identiti penciptanya itu memiliki keunikan tersendiri — dimasak di atas kuali sahaja dan tanpa menggunakan ketuhar.

Tak ingin kek jantung pisang ditelan zaman, pembuat kek lapis tersohor Sarawak, Rabiah Amit memberi nafas baharu dalam adunan ciptaannya tersendiri iaitu menambah warna sebagai penyeri dan gula apong untuk variasi rasa.

“Resipi ini pada asalnya tidak ada rasa dan warna kerana orang dulu-dulu membuatnya hanya dengan bahan asas seperti tepung diadun dengan telur,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Menurut Rabiah, hasrat ingin mengkomersialkan kek tradisi berkenaan menjadi pendorong anak jati Kuching ini menginovasi resipi agar kek itu lebih menarik dan mempunyai rasa.

Pada masa gang sama, Rabiah mengakui melalui pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang membuat kek lapis juga mencetus ilham beliau mempromosikan kek orang lama itu melalui media sosial sehinggakannya tidak menang tangan menerima tempahan.

“Walaupun cara membuat kek ini amat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi… ia tidak mematahkan semangat saya,” kanya sambil mengakui tanggungjawabnya untuk memartabatkan kek tradisi tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru