Thursday, May 26, 2022

IPT tak dibenarkan naikkan yuran

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Institut pengajian tinggi (IPT)  di negara ini tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian.

Ini  berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik COVID-19.

Jelas kementerian itu, bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka.

“Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara,” kata kementerian itu dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan KPT menetapkan moratorium ke atas yuran pengajian bagi IPT atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru