Wednesday, May 25, 2022

Dipenjara cuba rogol kanak-kanak OKU

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan kelainan upaya (OKU).

Tertuduh, didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Mengikut fakta kes yang dibacakan di hadapan Hakim Marutin Pagan, pada 23 April lalu di dalam tandas sebuah syarikat kargo di Jalan Aman, Sibu, tertuduh telah menyerang secara seksual seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun tiga bulan dengan menanggalkan seluar, memeluk dan menyentuh bahagian sulitnya.

Tertuduh cuba merogolnya tetapi tidak berjaya setelah dia terdengar orang datang menghampiri tandas terbabit. Dia yang cuba lari dengan keluar dari tandas telah berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa.

Sebelum itu, bapa mangsa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana mangsa terlalu lama berada di dalam tandas.

Apabila membuka pintu tandas, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan telanjang. Mangsa kemudian memberitahu bapanya bahawa dia telah dirogol oleh orang yang tidak dikenali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru