Sunday, May 29, 2022

85 juta lakukan perjalanan di Indonesia menjelang Raya

Secara Rawak

JAKARTA:  Lalu lintas di jalan-jalan utama di negara Indonesia biasanya macet teruk menjelang Aidilfitri.

Ini kerana ramai yang hendak balik kampung atau mudik.

Berjuta-juta rakyat Indonesia yang bekerja di bandar-bandar utama kembali ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri mencapai kemuncaknya hari ini.

Jumlah kenderaan  tahun 2022 di Jalan Tol Trans-Jawa menjadi yang tertinggi sepanjang sejarah mudik Lebaran di Indonesia.

Kira-kira 85 juta orang dijangka melakukan perjalanan, termasuk 14 juta dari kawasan metropolitan Jakarta, dengan 23 juta kereta persendirian dan 17 juta motosikal meninggalkan ibu kota.

Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun rakyat Indonesia dibenarkan pulang ke kampung halaman.

Ini sesudah   kerajaan melonggarkan sekatan akibat Covid-19, berikutan kes jangkitan yang rendah dan usaha yang diambil untuk memulihkan ekonomi.

Menurut Kompas.com pada hari Jumaat, sebanyak 105, 016 kenderaan tercatat meninggalkan Jabotabek menuju arah Timur (Cirebon, Semarang, Solo, Surabaya, dan sekitarnya) via Jalan Tol Trans Jawa, melalui GT Cikampek Utama, Jalan Tol Jakarta-Cikampek.  Jumlah ini melonjak hingga 165. 5 persen dari lalin normal periode November 2021 sebanyak 39, 554 kendaraan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru