Thursday, May 26, 2022

Tambang Grab naik dua kali ganda?

Secara Rawak

KUCHING: Kesesakan lalu lintas semakin teruk dan tidak terkawal menurut pengguna jalan raya di Kuching dan Kota Samarahan.

Seorang pemuzik Revon Jeremiah, 28, berkata, kesesakan lalu lintas semakin teruk disebabkan musim perayaan ditambah waktu kemuncak pergi balik pejabat. “Sudah dua tahun Hari Raya tidak boleh disambut. Jadi, saya pasti ramai yang akan mula membeli-belah pakaian atau makanan untuk tujuan rumah terbuka,” katanya.

Apabila ditanya apakah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya, Revon berpendapat, salah satu caranya mungkin boleh menukar waktu kerja industri yang berbeza supaya semua orang tidak akan bekerja pada masa yang sama.

Sementara itu, Luqman Hakim Zulkifli, 26, seorang pekerja runcit berkata, kesesakan lalu lintas lebih teruk daripada biasa disebabkan musim perayaan. “Sebagai contoh, kebiasaannya apabila syif saya bermula jam 4 petang, saya biasanya dari rumah sekitar jam 2 hingga 3 petang dan trafik akan lancar. Tetapi sejak kebelakangan ini, ia sangat teruk kerana jalan raya sesak di beberapa kawasan di sepanjang jalan.

“Pihak berkuasa mungkin boleh menurunkan lebih ramai pegawai trafik untuk memantau dan mengawal lalu lintas di kawasan sesak. “Manakala penyelesaian jangka panjang mungkin lebih banyak lampu isyarat di kawasan Kota Samarahan seperti di bulatan utama menyebabkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak,” katanya.

Luqman juga berkata, berikutan kesesakan lalu lintas, harga perkhidmatan e-hailing turut dinaikkan. “Biasanya kos Grab saya antara RM26 hingga RM28 untuk untuk ke tempat kerja tetapi hari ini sebagai contoh, ia meningkat kepada RM62, lebih dua kali ganda daripada jumlah biasa!

“Selain pemandu dan penumpang yang mempunyai kenderaan sendiri, kumpulan lain yang terjejas dengan kesesakan ialah kami yang menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk berulang-alik ke destinasi,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru