Wednesday, May 25, 2022

Hadi: Pas tak ikut  khemah besar pembangkang, ada kucing, tikus

Secara Rawak

MARANG: PAS tidak terikut dengan konsep ‘khemah besar’ tajaan pembangkang, sebaliknya tetap teguh dengan agenda besar perpaduan ummah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak terikut dengan ‘khemah besar’ pembangkang itu kerana partinya mempunyai kumpulan sendiri bagi melaksanakan agenda perpaduan ummah.

Sebaliknya, menurut  beliau kerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan parti lain yang tidak ekstrem.

“Kita tak ikut khemah basar, kita ada kumpulan kita sendiri. Kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah.

“Kita tak ikut khemah besar, dalam itu ada ‘tikus’, ada ‘kucing’, ada macam-macam. Kita bukan bawa khemah, kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya seperti dilapor HarakahDaily.

Mengenai penubuhan gabungan parti Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15, katanya amalan negara demokrasi dibenarkan dan partinya tidak terjejas.

“Itu negara demokrasi bebas, boleh buatlah. Insya-Allah, kita pertahankan  Kelantan. Ini bukanlah kali pertama kita hadapi.

“Kita pernah hadapinya tahun 60-an, 70-an, dan kita tidak boleh larang orang, ini demokrasi,” jelasnya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru