Monday, June 27, 2022

Wanita kahwini kucing, elak haiwan peliharaan diusir dari rumah sewa

Secara Rawak

LONDON: Gara-gara takut diusir dan takut kehilangan kucingnya yang berusia 5 tahun, Deborah Hodge segera merangka rancangan mengahwini kucingnya.

Wanita berusia 49 tahun itu menjadi tumpuan media selepas bertindak berkahwin dengan kucing peliharaannya yang bernama India.

Menurut New York Post, Deborah berkahwin dengan India pada pertengahan April lalu.

Deborah, ibu tunggal yang memiliki dua anak itu memberitahu dia tidak kerugian apa-apa sebaliknya mendapat manfaat kerana tindakannya itu membolehkannya sentiasa bersama-sama dengan India yang amat disayanginya.

Menurut Deborah, dia sudah kehilangan tiga haiwan peliharaannya yang terdiri daripada seekor kucing dan dua anjing kerana peraturan pemilik rumah sewa yang tidak mahukan haiwan dibawa tinggal bersama.

Dia mula memelihara India pada 2017 dan tahu kucing itu amat memerlukannya selepas kehilangan sebelah kakinya akibat dilanggar kereta, lapor Coventry Telegraph.

Perkahwinan ini dapat memastikan Deborah tidak diusir dan India juga boleh tinggal bersamanya tanpa sebarang sekatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru