Wednesday, May 25, 2022

Wanita dari Kapit putih mata wang RM17,500 ‘hangus’

Secara Rawak

KAPIT: Seorang lagi mangsa jerat pelaburan yang tidak wujud.

Kali ini wanita berusia 31 tahun dari Kapit.

Mangsa mengalami kerugian RM17,500 selepas diperdayakan oleh sindiket penipuan pelaburan yang tidak wujud.

Wanita itu tertarik dengan iklan pelaburan saham ketika melayari laman sosial pada 22 April lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian dalam satu kenyataan, mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan pelaburan di aplikasi Telegram untuk urusan seterusnya

“Pada mulanya mangsa telah membuat pelaburan berjumlah RM500.00 dan dimaklumkan bahawa pelaburan pertama berjaya mendapat pulangan berjumlah RM25,000.00,” katanya dalam kenyataan itu.

Jelasnya, pengadu kemudian dikehendaki membuat tiga kali transaksi pembayaran masing-masing berjumlah RM2,000.00, RM5000.00 dan RM10,000.00 atas pelbagai urusan konon nya untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang dijanjikan.

“Namun, wanita itu menyedari ditipu apabila suspek sering memintanya untuk membuat pembayaran ke akaun individu yang berbeza dan nekad membuat laporan di Balai Polis Kapit pada Isnin lalu,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dengan pelbagai modus operandi sindiket penipuan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru