United Kingdom merekodkan kes kematian harian berdasarkan angka Worldometer pagi ini.
Negara itu mencatatkan 248 kes. Jumlah kes kematian di United Kingdom ialah 174,696.
Ini diikuti Amerika Syarikat dengan 246 kes manakala jumlah keseluruhan kematian sudah mencecah lebih daripada satu juta.
Di tangga ketiga ialah Jerman sebanyak 239 kes kematian harian.
Rusia pula di tangga keempat dengan 166 kes kematian, diikuti Perancis sebanyak 132 kes kematian.
Jumlah keseluruhan kes kematian setakat ini di seluruh dunia ialah 6,255,889 kes.
Jumlah kes jangkitan sudah melebihi 512 juta.