Monday, June 27, 2022

Situasi pandemik Covid-19 semakin pulih di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Situasi pandemik Covid-19 di Sarawak memperlihatkan trend yang semakin pulih.

Ini berdasarkan statistik yang dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ooi Choo Huck melalui satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dalam tempoh fasa peralihan ke endemik dari 1 April hingga 28 April lalu, sebanyak 6,839 kes baharu dan 41 kes kematian Covid 19 dilaporkan.

Ini berbanding 38,529 kes baharu dan 61 kes kematian pada Mac 2022

Menurut beliau keadaan ini dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam di negeri ini.

Ini termasuk program vaksinasi Covid-19 dalam menguruskan penularan jangkitan Covid-19 di Sarawak.

Jelasnya, Sarawak telah mencapai peratusan liputan vaksin bagi seluruh populasi pada 80.6 peratus setakat 26 April lalu.

“Peratusan liputan dos kedua bagi populasi dewasa, iaitu berusia 18 tahun ke atas adalah 91 peratus dan bagi remaja berusia 12 sehingga 17 tahun adalah 93.1 peratus,’ katanya.

Jelasnya, pencapaian peratusan liputan dos pertama bagi populasi kanak-kanak berusia 5 sehingga 11 tahun ialah 79.7 peratus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru