Saturday, June 25, 2022

Orang ramai dijemput ke rumah terbuka Premier Sarawak, Hari Raya kedua

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Rumah terbuka itu akan diadakan pada hari kedua raya, 4 Mei di Hotel Pullman, di sini.
“Justeru, orang ramai dijemput hadir antara jam 10 pagi dan 3 petang pada hari tersebut dengan berpakaian kemas dan sopan,” kata Pejabat Premier Sarawak menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai juga dikehendaki mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas.

Katanya, tetamu juga dikehendaki untuk memastikan diri mereka sihat atau tidak bergejala dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terbaharu bagi majlis sambutan Hari Raya seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru