Thursday, May 26, 2022

Abang Johari hulur sumbangan raya 

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 241 anak-anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) termasuk 96 daripada keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan duit raya yang disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Menurut TVS, sumbangan berkenaan diberikan semasa majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini malam tadi .

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak turut menyaksikan penyerahan zakat sebanyak RM443 000 daripada Pengerusi Petronesa Sdn. Bhd. , Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie.

Dividen sebanyak RM2 022 000 turut diserahkan Petronesa Sdn. Bhd. kepada Yayasan Sarawak yang diwakili Pengarahnya, Mersal Abang Rosli.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru